Rumah Baru

Sort Option
  • Listing ID
  • Pictures
  • Featured
  • View
  • Zipcode
Grid
List

Semaya Iringan Bayu Seremban Negeri Sembilan

Semaya, Seremban, 70200

3Bedroom(s)
2Bathroom(s)
2Parking(s)
4Picture(s)
1,084Sqft
Harga Dari RM 305000 Luas Tanah 20 x 70 & 20 x 75 Luas Binaan 1084sqft 3 Bilik 2 Bilik Air Tanah Belakang 7.5 kaki Komuniti Berpengawal Freehold Hubungi Said : 012-262463 www.wasap.
RM305,000
    1 Results returned.Per Page

    Rumah Baru

    Rumah baru atau undercons untuk dijual yang aktif atau masih terdapat dipasaran pada waktu ketika ini. Senarai Rumah baru yang diiklankan meliputi kawasan sekitar lembah kelang, Negeri Sembilan, Melaka & Johor. ada juga senarai dari negeri- negeri yang lain seperti Perak dan Pahang. Senarai rumah baru untuk dijual ini juga akan ditambah dari semasa ke semasa.

    Untuk kawasan Negeri Sembilan, senarai rumah untuk dijual difokuskan kawasan sekitar daerah seremban yang meliputi nilai serta senawang. Juga di sekitar kawasan Tampin yang juga tidak jauh dari senawang dan seremban. Tetapi masih menjadi kawasan pilihan kerana harga rumah masih lagi murah berbanding seremban dan senawang.

    Senarai rumah untuk dijual selain kawasan di atas dalam Negeri Sembilan termasuklah Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Jempol Dan Gemas. Senarai tersebut bukan hanya untuk rumah di Negeri Sembilan sahaja malah juga termasuk negeri Melaka dan juga kawasan selatan Negeri Johor iaitu Daerah Muar meliputi kawasan sekitar Pagoh dan Tangkak.

    Bagi kawasan Negeri Melaka yang terdapat 3 daerah iaitu daerah Alor Gajah, daeran Melaka Tengah dan juga daerah Jasin. Permintaan untuk penduduk setempat mendapatkan rumah di sekitar melaka juga amat menggalakan setiap hari.

    Kelebihan

    1. Kelebihan rumah baru ialah kos kemasukan yang rendah. Biasanya bayaran untuk tempahan tau booking hanya sekitar RM 500 – RM 1000 sahaja. Kos guaman dan kos-kos lain yang terlibat di tanggung oleh pihak pemaju.
    2. Anda boleh memilih unit kesukaan anda berdasarkan kekosongan sedia ada. Lagi awal anda membuat tempahan sesuatu projek perumahan baru lagi banyak pilihan unit yang tersedia.
    3. Anda mendapat unit yang standard daripada pemaju dan anda bebas untuk membuat renovasi dan dekorasi mengikut kesesuaian citarasa dan bajet anda.

    Kami menyediakan perkhidmatan jual beli rumah secara profesional berlandaskan undang-undang yang sah. Ini bagi memastikan proses-proses yang teratur agar kepentingan-kepentingan pihak-pihak yang berkenaan terjaga hak-hak mereka. Kepada pemilik-pemilik hartanah seperti rumah yang tanah yang ingin menjualkan hartanah mereka boleh menghubungi dengan kami melalui pelbagai medium komunikasi.

    Kami boleh dihubungi melalui telefon, mesej pesanan ringkas(SMS) dan juga aplikasi Whatapps. Selain itu juga boleh melalui e-mail dan juga tinggalkan pesanan didalam laman web ini dengan pautan atau links yang disediakan.